Sunday, August 15, 2010

Minit Mesyuarat kali 1 2010

Minit mesyuarat pasukan SPM kali pertama 2010

Tarikh : 22 februari 2010
Masa : 1.30 pm
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : Semua Hadir

Agenda Perkara Tindakan
1 Ucapan Pengerusi
1.1 : Pn Hjh Rohana bt Ibrahim selaku pengurus pasukan SPM 2010 mengalu-alukan kehadiran guru-guru pasukan SPM 2010 ke mesyuarat kali pertama 2010 dan mengucapkan ribuan terima kasih.

1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat kali pertama ini adalah mesyuarat letak kerja dan mengaitkan dengan pepatah cina “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”

1.3 Pengerusi juga menyatakan guru tingkatan lima 2009 perlu
menghantar senarai nama pelajar berhutang dengan kadar segera kepada penyelaras .Ini kerana keputusan SPM 2009 dijangka akan diketahui minggu hadapan.










Guru tingkatan 5
2 2.1: En.Ramli Hamid selaku penyelaras memaklumkan bahawa markah TOV 2010 sedang dalam proses dan masih ada lagi sebilangan kecil guru-guru yang belum menghantar markah.

2.2 Setiap guru matapelajaran hendaklah menyediakan skema dan soalan (Booklet) dan dihantar kepada pengurus pasukan.

2.3 Ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada Cik Siti Nor Azizah iaitu guru ganti kepada puan Nariza bt Salleh yang cuti bersalin.pasukan menucapkan setinggi penghargaan kepada beliau kerana sanggup mengajar walaupun tiada peruntukan dari jabatan.







Guru matapelajaran
3 Pembentangan kewangan pasukan
3.1 En Ramli Hamid mengantikan Puan Nor Aiani Ismail (bendahari) yan bercuti membentangkan laporan kewangan semasa pasukan.

Laporan Kewangan sebagaimana edaran



4 Pembentangan Slaid Buku Projek 2010

4.1 Pengurus memaklumkan bahawa buku projek belum dibuat photocopy dan guru-guru boleh merujuk kepada slaid .

4.2 Pengurus menyatakan beberapa program yang akan dijalankan untuk memperkasakan pasukan dan pelajar khususnya bagi mencapai kecemerlangan yang lebih pada tahun ini.

4.3 Antara rancangan ialah penyediaaan hadiah bagi pelajar cemerlang setiap peperiksaan dan terbaru ialah Peperiksaan TOV.
Selain itu rancangan kunjungan gurur dan pelajar kerumah pelajar ya ng berjaya .










Guru-guru pasukan
5 Hal-hal lain
5.1 PK HEM meminta penyata kewangan mengikut senarai tingkatan. Ini bagi memudahkan pihak HEM memantau pelajar yang masih belum menjelaskan yuran.

5.2 Ustaz Alias b mat menyatakan bahawa solat hajat akan diadakan setiap kali selepas solat zohor iaitu pada hari selasa. Beliau juga meminta kerjasama guru-guru dan wajib hadir bersama pelajar mengikut jadual bertugas (kawalan)

5.3 Puan Hjh Rohana mencadangkan supaya selepas keputusan SPM 2009 diketahuai,pasukan akan melawat kerumah pelajar Berjaya dan menaja sedikit jamuan dirumah pelajar tersebut dengan menggunakan sumber kewangan pasukan. Selain itu, beliau mengingatkan bahawa PEKA tingkatan 4hendaklah disiapkan

5.4 Puan Hjh Norhizan menyatakan pemantauan ULBS akan dibuat pada bulan mei 2010.markah hendaklah dicatat dan disalin dalam borang sebenar. Beliau juga meminta agar guru Bahasa Melayu tingkatan 4 2009 melengkapkan borang ULBS.

5.5 Puan Hjh Hasniah (PK pentadbiran) mengingatkan kepada guru-guru semasa peperiksaan berlangsung hendaklah duduk dibelakang dewan agar pergerakan pelajar dapat diawasi.selaian itu jadual ganti akan disediakan semasa ketiadaan guru.
PK1 juga berharap tawaran matapelajaran dapat ditawarkan kepada pelajar mengikut kemampuan mereka.belaiau mencadangkan agar matapelajaran pendidikan seni visual dapat ditawarkan kepada pelajar . kelas Rancangan Khas kekal dikelas selepas waktu persekolahan dan akan dipantau oleh seorang guru bertugas mengawasi mereka.belaiu meminta jasa baik dan kerjasama semua panitia dan semua guru matapelajaran dalam hal ini.
Matapelajaran ICT dan EST dimansuhkan kerana masalah kekurangan guru.Manakala bagi graf prestasi dan “Head Count” TOV hendaklah merujuk kepada En.Satmi .Perkara berkenaan hendaklah disiapkan sebelum post mortem SPM.

5.6 En.Saifudin menimbulkan isu jadual ganti. Masalah yang dihadapi ialah kerana guru-guru yang tidak hadir lambat memaklumkan kepada sekolah ketidakhadiran mereka diawl pagi. Makluman hendaklah dibuat kepada pengetua atau PK Pentadbiran.

Guru tingkatan




Guru-guru






Guru matpelajaran sains

Guru matapelajaran Bahasa Melayu











Panitia dan guru





Guru-guru



Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang


Disediakan oleh: Disemak :

(En.Ramli bin Hamid) (Pn Hjh Rohana Ibrahim)
b.p Setiausaha Pasukan SPM 2010 Pengurus Pasukan SPM 2010
Smk Bukit Payong Smk Bukit Payong
Jerteh Terengganu Jerteh Terengganu


Jerteh Terengganu

No comments:

Post a Comment